Tanah Suci Menenangkan jiwa

 


    Pada musim cuti 2019 aku dan keluarga telah membuat ibadah umrah buat pertama kalinya bagiku. sebulan sebelum kami berangkat ke tanah suci aku dan ahli keluarga aku begitu sibuk dalam menyiapkan persediaan daripada menghadiri kursus pelaksanaan umrah hinggalah permohonan visa dari pihak arab saudi. pada mulanya, aku begitu teruja dan takut mana taknya pada umur 16 tahun aku pertama kali menaiki pesawat. sehinggalah hari dimana kami ingin berangka. Pada pukul 5 pagi bapa saudara aku menghantar kami ke lapangan terbang Pengkalan Chepa. Dari situ kami memulakan perjalan kami ke tanah suci. Setibanya kami di  KLIA kami disambut oleh abang-abang ku yang dimana tidak berkesempatan untuk menyertai kami ke mekkah. Setelah bersarapan kami sekeluarga pergi berjumpa pemandu pelancong kami yang ramai mengenali sebagai mutawif. Kami mendaftar kesemua barang kami untuk dibawa ke tanah suci dan mendaftar diri kami untuk menaiki pesawat menuju ke jeddah. semntara menunggu giliran pesawat kami. Aku dapat melihat beberapa kumpulan yang sudah bersiap siaga memakai ihram dan waktu ketika itu dalam benak fikiran ku mungkin mereka akan terus ke mekkah dan menunaikan umrah manakala aku akan ke madinah untuk menziarahi makam rasulullah. selepas beberapa jam menunggu. Tibalah masa kami menaiki pesawat dan pada ketika itu aku begitu terkejut kerana aku menaiki pesawat yang begitu besar.   

    Selama 8 jam perjalan kami dari KLIA ke Jeddah aku disajikan layanan yang baik daripada peramugara dan peramugari setiap 15 minit mereka akan datang dan menawarkan air jus yang begitu sedap terutamanya jus jambu batu mereka yang begitu pekat dan khasiat darpda buah tersebut. aku juga dijamukan dengan makanan yang begitu enak walaupun ianya hanya makanan ready to eat tetapi begitu sedap dan mengenyangkan. Selepas 8 jam perjalanan, aku tiba di lapangan terbang Jeddah. Dari situ mutawif kami memulakan pernannya dengan mengarahkan kami melalui kastam arab saudi dengan teratur dan mengambil bagasi kami. Sesudahnya kami melaksanakan arahan tersebut kami semua keluar daripada lapangaan terbang jeddah dan menaiki bas yang telah menunggu kami. Kami terus menuju ke bandar madinah. perjalanan kami mengambil masa selama 5 jam. Pada ketika itu kesabaran aku sudah terusik kerana sudah 8 jam berada dalam pesawat dan tambah lagi 5 jam menaiki bas. Aku sudah meraskan lenguh satu badan. Namun begitu ayah ku telah menenangkan aku. kami tiba di hotel kami di madinah pada ketika azan subuh dikumandangkan. 

   Pada ketika itu aku hanya ingin daftar masuk dan berbaring diatas tilam yang lembut. Namun hajat aku tak kesampaian kerana proses daftar masuk memakan masa yang agak lama. Lau ayahku mengajakku ke masjid nabawi yang kira-kira 100 meter dari hotel untuk solat subuh. Tanpa membantah arahan seorang bapa aku terus ke masjid Nabawi dan menunaikan solat subuh. sewaktu aku berada di pagar masjid aku dapat rasakan ketenangan dan menakjubkan. Walaupun aku masih belum masuk kedalam masjid dan hanya solat diluar masjid dimana ada kawasan yang telha disediakan. aku tetap merasakan ketenangan. Setelah itu kami pulang kehotel dan mendapat berita baik dimana kesemua bagasi kami telah pun dihantar kebilik. Kami terus bergegas memasuki bilik kami dan mendapati bilik yang kami dapat begitu luas dan selesa. tanpa membuang masa aku terus terjun keatas katil dan tidur. Aku bangun ketika azan zuhur berkumandang dan aku tidak melepaskan peluang untuk kalini aku ingin masuk keadalam masjid dan aku berjaya. Sungguh dahsyat kekuasaan allah memberi minda kepada manusia untuk membina bangunan yang begitu indah dan unik. aku dapat melihat banyak ukiran yang unik di lelangit masjid. Sesudah zuhur aku mencuri masa untuk melaui kawasan makam rasulullah. walaupun begitu sesak aku sempat untuk memberi salam dan selawat kepada rasulullah. ketika itu hati aku terasa tenang dan meraskan rindu pada baginda. Setelah menziarahi makam rasulullah aku pulang ke hotel dan makan tengah hari. aneka makanan yang bertemakan arab dan unik. walaupun makanannya tidak pernah kurasa dan lihat tapi sangat sedap bagi tekak melayu ku. pada waktu petang kami sekeluarga bersiar-siar di kawasan masjid nabawi dan membeli beberpa buah tangan dari madinah kepada keluarga ditanah air. Dan begitulah kehidupan seharian ku di kota madinah selama 4 hari 3 malam. 


      Pada hari kelima kami disana, kami berpindah ke mekkah untuk menunaikan umrah. ketika di hotel Madinah lagi kami diarahkan untuk berpakain ihram. Kami singgah di Bir Ali yang di panggil miqat untuk memulakan niat umrah kami. Dari situ ada beberapa pantang larang yang perlu aku turuti. perjalanan kami dari Madinah ke Mekkah mengambil masa 6 jam perjlanan menaiki bas. Selepas itu, aku sampai di Mekkah Al-Munawarah. Kami sampai pada pukul 2 pagi dan terus ke hotel dan daftar masuk kebilik  masing-masing untuk meletakkan bagasi kami. Setelah itu, kami terus ke masjid Al-Haram untuk menunaikan umrah. sewaktu pertama kali aku sampai di perkaranagan tawaf aku dapat lihat kaabah yang sungguh indah dihadapanku. Sejujurnya aku mengalirkan air mataku ketika itu dan kami memulakan ibadah umrah kami dengan tawaf mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali. stelah selesai aku menunaikan umrah aku pulang ke hotel dan terus tidur. kesokan harinya aku teruskan aktiviti aku dengan melawat masjid alharam yang sungguh besar itu dan membeli beberpa lagi barangan untuk dijadikan ole-ole untuk di bawa pulang. Setelah 5 hari di mekkah, kami pulang semula ke tanah air. Sebelum kami tiba di airport kami sempat menunaikan tawaf sudat wada' ini adalah tawaf yang terakhir dan tawaf selamat tinggal sebelum pulang ke tanah air. Aku pulang ke tanah suci dengan perasaan bercampur aduk. aku dapat merasakan ketenangan, aku merasakan kesedihan untuk meninggalkan tempat yang begitu suci ini dan aku juga merasa gembira kerana telah berjaya menunaikan rukun islam yang terakhir. Aku juga bertekat, jika suatu hari nanti aku masih mampu untuk pergi lagi sekali ke tanah suci. Aku tidak akan melepaskan peluang tersebut walaupun ianya perlu mengobarkan banyak masa dan wang ringgit.

Comments