Kisah Hidup Di Ukm




 Assalamualaikum semua,

Pada hari ini, saya ingin berkongsi kisah hidup saya di UKM. Saya akan menceritakan tentang pengalaman saya di UKM yang baik dan kurang menyeronokkan. Namun, mari kita mulakan dengan aspek yang positif terlebih dahulu.

Yang paling menyeronokkan bagi saya ialah jarak antara kolej dan fakulti saya di UKM yang sangat dekat. Anda mungkin bertanya-tanya apa yang menyeronokkan tentang kolej berdekatan dengan fakulti. Pertama sekali, anda tidak perlu tergesa-gesa setiap pagi untuk bersiap ke kelas kerana walaupun berjalan perlahan, anda masih boleh tiba awal ke kelas. Berdasarkan pengalaman saya, perjalanan dari kolej ke kelas hanya mengambil masa 4 minit sahaja dengan berjalan kaki. Adakah anda tahu kolej yang saya maksudkan? Tentulah Kolej Aminuddin Baki, dan saya belajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kawan-kawan saya yang lain selalu iri dengan saya kerana kolej mereka jauh dari fakulti, contohnya Kolej Keris Mas. Hahahahahaha padan muka siapa suruh duduk Kolej Keris Mas. Mereka perlu menunggu bas setiap kali hendak pergi ke kelas. Sungguh memenatkan. Terutamanya jika bangun lewat untuk ke kelas, terpaksa menunggu bas yang sampai setiap 30 minit. Jika tak nak tunggu lama, mereka perlu menggunakan perkhidmatan Grab atau Uber. Ini akan menghabiskan wang. Satu lagi keistimewaan Kolej Aminuddin Baki ialah kedudukannya yang strategik di dalam kampus UKM. Kolej saya terletak berdekatan dengan Perpustakaan Tun Seri Lanang yang mempunyai koleksi buku terbesar di Asia Tenggara. Ia bukan perpustakaan biasa. Selain itu, kolej saya juga berdekatan dengan Pusanika. Di Pusanika terdapat he and she ,Bookworm, CIMB Bank, ATM serta pelbagai kemudahan lain. Jika anda ada masa lapang, saya memberi idea  untuk mengunjungi Pusanika. Korang takkan menyesal wehhhh.

Sekarang, saya ingin menceritakan mengenai cabaran dan dugaan dalam menuntut ilmu. Benar apa yang orang katakan, ramai pelajar sekolah dan juga pelajar matrikulasi yang diberi tunjuk ajar oleh guru. Cara pembelajaran di universiti sangat berbeza daripada sekolah atau matrikulasi dulu.

Pertama, semasa di sekolah atau matrikulasi, guru akan mengajar secara individu sehingga semua pelajar faham. Tetapi di universiti, jangan haraplah profesor akan mengulang ajaran jika anda seorang yang tidak faham kerana profesor mempunyai banyak tanggungjawab yang lain yang perlu dilaksanakan. Tugas profesor tidak sama seperti guru sekolah atau pensyarah di matrikulasi. Penat wehhhh satu kelas 3 jam, ngantuk dia tiada ubat. Oleh itu, sehari sebelum kelas, anda perlu belajar terlebih dahulu supaya anda tidak keliru semasa dalam kelas. Jika ada perkara yang tidak difahami, jangan malu untuk bertanya. Bukan hanya anda yang tidak faham, mungkin orang lain juga tidak faham tetapi malas untuk bertanya. Macam saya, saya terpaksa belajar hingga larut malam untuk catch up balik ape yg diajari oleh lecturer dengan adanya recording kelas. Membantu weh recording sekarangg. 

Comments