KEHIDUPAN MENARA GADING UKM
Minggu pertama disini, kami mahsiswa tahun pertama perlu melalui minggu orientasi. Dalam minggu ini aku sepatutnya perlu menyediakan fizikal dan mental yang kuat. Cuba dibayangkan hampir setiap hari aku harus berjalan dari kolej ke DECTAR yang jaraknya hampir 1.2km dan mengambil masa 16 minit untuk berjalan kaki. Tanpa hirau apa erti panas dan gerimis kami perlu redah perjalanan tersebut. setiap kali habis program pada waktu malam aku terus ke bilik dan tidur selama seminggu berturut-turut. walaupun penat aku di bantu oleh para pemudah cara orientasi dan kawan-kawan baru ku yang selalu memberi semangat untuk teruskan minggu tersebut. Walaupun pada awalnya bagiku minggu orientasi ini hanya membazir masa, tenaga dan wang sahaja tapi sesudahnya miggu tersebut aku faham yang minggu ini untuk merapatkan hubungan antara sesama mahasiswa.
Setelah selesai minggu orientasi bermulalah proses pembelajaran kami sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda. Satu perkara yang sangat aku tertarik dalam proses pembelajaran di UKM adalah kami berhak untuk menyusun jadual kuliah kami sendiri dan kami boleh untuk menukar kelas walaupun sesi pembelajaran sudah berjalan. Dengan ini aku boleh untuk bangun sedikit lewat pada waktu pagi kerana aku meletakkan kelas pertamaku pada pukul 11 pagi. Dengan ini aku tidak lagi mempunyai alasan bangun lambat untuk ke kelas dan aku juga tidak mengantuk didalam kelas walaupun satu sesi kuliah berdurasi selama 3 jam. Walaupun 3 jam tu terlalu lama untuk aku bekerja secara berterusan aku perlu tetap teguh dan fokus. Kaedah pembelajaran di Universiti seratus peratus berlainan daripada yang ku lalui di sekolah menengah mahupun di kolej matrikulasi. Disini aku perlu mencari jawapan kepada persoalan ku sendiri. Namun begitu para pensyarah masih lagi membantu ku walaupun secara tidak langsung.
Saat aku memasuki UKM aku sudah meletakkan di dalam benak fikiran ku yang aku datang ke menara gading bukan hanya belajar bersama buku semata-mata. Benar belajar itu adalah kerja hakiki ku tapi disebalik belajar aku juga perlu menghiburkan diri dan disini aku mencuba dan menerokai banyak bende baru yang tak pernah ku sertai. Contohnya, aku menyertai salah satu gerakan mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) pada sesi lepas. Menyertai satu gerakan politik ini adalah satu bende baru bagi ku dan tak pernah terlintas di benakku untuk menyertainya. Disitu aku dapat meluaskan lagi kenalan aku dan banyak ilmu pengetahuan yang dapat ku kutip dan aku pasti perkara ini tidak ku dapat di sekolah dan kolej. Oleh kerana aku suka bergiat dengan gerakan mahasiswa ini Majlis Eksukutif Pelajar (MEP) kolej mengenali ku dan percayakan aku untuk mengendalikan beberapa program. mahupun program itu tidaklah program yang gah tapi aku masih lagi mampu untuk mengendalikan sebuah program dan berjaya menarik para pelajar kolej untuk menyertai beberapa program yang di laksanakan oleh kolej.
Comments
Post a Comment