INTRO (SYAFI)
indah berbalam si awan petang,
berarak dicelah pepohon ara,
pemanis kalam selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.
pohon pepaya tiada berduri,
tumbuh bersama bunga melati,
izinkan saya perkenalkan diri,
moga moga menyentuh hati.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, tak kenal maka tak cinta, dah kenal ternyata kita hanya temanan sahaja. Nama di IC, Muhammad Syafi Asyraf bin Safri. Nama di sini, orang panggilku Syafi.
kancil yang bijak berkaki empat,
lambang teragung negeri Melaka,
ku tinggal di sebuah tempat yang hebat,
sudah tentu bisa kau teka.
atap atap berasap asap,
api api! jerit si bakar,
mantap mantap makanan sedap,
makanan ku gemari, nasi kandar.
Berpijaknya aku di dunia pendidikan pada tahun 2008 Di bumi Parit buntar, Perak. Mengapa aku dilahirkan di Pulau Pinang asbab kerana ayah aku kerja merantau di mana beliau mendapat panggilan kerja di luar daerah,negeri malah negara juga. kembali kepada zaman pendidikan aku, aku merupakan budak yang pandai dan petah berkata serta melawan perkara perkara yang salah yang dilakukan oleh kawan-kawan aku dan guru aku semasa Tabika. Pada waktu itu aku sentiasa mendapat perhatian guru guru kerana aku suka menjawab soalan soalan yang diberikan oleh cikgu cikgu aku. dan apabila aku berada di umur 6 tahun aku amat sedih kerana aku perlu tinggalkan tabika yang aku sayangi. Pada waktu itu juga aku mendapat berita akan panggilan untuk ayah aku kerja di Parit Raja,Johor. Pada masa itu, aku amat sedih sekali akan kerana aku perlu tinggalkan sahabat-sahabat aku yang pernah aku janji untuk bersama-sama belajar di sekolah yang sama.
Pada tanggal 2010, aku sekeluarga berhijrah ke parit raja,johor. ingin aku katakan aku ibarat kambing yang terlepas kandang. aku tidak tahu selok belok di tempat baharu ini. ibu aku menempatkan aku di sekolah kebangsaan pintas puding. aku belajar di sini sehingga aku mencapai umur 9 tahun. semasa aku belajar di sekolah kebangsaan pintas puding pelbagai cabaran aku harungi. Pada awalnya kau tidak biasa dengan sesi persekolahan di sini kerana pada waktu pagi aku perlu ke sekolah agama dan pada waktu petang aku perlu sekolah kebangsaan.Sememangnya aku tidak biasa akan tetapi aku tetap biasakan diri. Seterusnya, zaman aku sekolah di sini pada awalnya aku menjadi mangsa buli di darjah 1. setiap hari mama aku perlu tunggu sampai satu jam untuk aku masuk ke kelas kerana aku tidak mahu ke sekolah dan menangis ter esak. sehinggalah aku berada di darjah 2 dan orang yang buli aku itu pindah ke sekolah lain. aku sangat bahagia pada masa itu dan dapat kembalikan momentum belajar aku. aku dapat masuk ke kelas pertama sehingga darjah 3. pada tanggal 20 jun 2010 aku perlu berhijrah ke melaka sehingga aku di menara gading. aku sangat bahagia kerana di johor aku tidak dapat ramai kawan dan kawan kawan di sini amat nakal sehinggakan saya selalu dipukul oleh mereka. setibanya aku di negeri melaka aku bersekolah di sekolah kebangsaan Dato Demang' Husin. pada awal persekolahan di melaka, seperti biasa aku disayangi guru guru kerana kepandaian aku. seperti biasa aku menjadi mangsa buli kerana aku seorang yang lurus bendul sehingga kini. aku sekelas dengan pembuli itu dan hampir setiap hari aku dipaksa untuk menberikan dia wang untuk makan rehat mereka. sehinggalah ibu ayah aku datang ke sekolah dan berhadapan mereka dan dibawa ke kaunseling sekolah. berakhirlah kisah buli syafi di sekolah rendahnya. aku fokus belajar dan aku juga fokus sukan dan wakil sekolah dalam bola sepak dan bola keranjang. Pada tahun 2015,tahun yang paling aku geruni iaitu tahun UPSR. aku tidak mendapat result yang cemerlang akan tetapi hanya 3A 2B. walau bagaimanapun, ibu aku tetap bangga dengan aku dan belanja aku makan dan travel ke indonesia.
Pada tahun 2016 sehingga 2020 menjadi masa dimana kejatuhan dan bangun semula hidup aku sebagai pelajar. pada awalnya aku bersekolah di SMK Telok Mas dan aku bertahan di sekolah itu hanya 6 bulan sahaja kerana aku dibuli dengan sangat teruk.aku pernah dicampak ke dalam tong sampah dan paling teruk sekali aku dipukul di bahagian alat sulit aku sekuat hati. aku berpindah ke sekolah kedua tertua di dunia iaitu Sekolah Kebangsaan tinggi Melaka. di fikiran aku, tidak akan berlaku lagi kes buli di sekolah ini. akan tetapi aku dibuli sehingga aku berumur 16 tahun. pelajaran aku merosot sangat teruk sehinggakan aku diletakkan di kelas sastera.akan tetapi penghujung 2019 aku mendapat motivasi daripada diri sendiri untuk betulkan balik pelajaran aku. Yes, aku berjaya membanggakan ibu bapa aku dengan pelajaran aku dengan membuktikan kelas sastera tak semua bodoh. aku memperoleh 2A+ 5B+ 2C+ ketika itu. sepanjang era high school mental aku dijajah oleh pembuli pembuli di sekolah aku. selepas sahaja spm aku mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Melaka. Aku melompat gembira kerana aku telah buktikan kepada sekolah aku yang aku seorang sahaja budak sastera mendapat tempat di Kolej Matrikulasi.
Tahun 2022, Bermulanya pengalaman baru dan hidup aku berubah 360 darjah apabila aku menjejakkan kaki di tempat ini iaitu Kolej Matrikulasi Melaka. Aku berubah dari introvert menjadi extrovert dan aku berhasil membuat ramai kawan malah bukan sahaja classmates tetapi seluruh kuliah kenal saya dan blok pun kenal saya. Saya dikenali sebagai Capi dan saya seorang yang lantang dan pandai di sini. setiap hari saya akan bersama rakan rakan saya untuk belajar bersama dan bermain bersama.tetapi waktu amat singkat belajar di sini.ia mengambil masa setahun sahaja. aku rindu kawan kawan aku.lebih aku tidak lupa, di sini juga aku belajar untuk ada hubungan dengan perempuan. aku tidak pernah mempunyai hubungan percintaan sehinggalah aku berjumpa dengan seorang gadis yang berkaca mata iaitu Athirah Mahfuzah. pelbagai kenangan dan halangan aku lalui di sini. aku memperoleh Muet Band 4 dan CGPA 3.84. Alhamdulillah, gadis yang saya cerita itu masih lagi dengan saya hingga kini.
Kini aku berada di UKM. Tempat yang aku inginkan dari aku kecil kerana aku ingin mengikut langkah kakak aku. Insyaallah di sini aku akan membuat kenangan yang banyak dan dapat menempuh Degree Life dekat UKM ni.
Comments
Post a Comment