INTRO (HARRIZ )
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Dengan rasa rendah diri izinkan aku mengenalkan diri. Harriz Fathullah Bin Roslan adalah nama yang sudah diberi oleh ibu dan bapaku sebelum aku dilahirkan lagi. Saat pertama aku melihat dunia ini adalah pada tanggal 27 oktober 2003 kira-kira pada pukul 1 tengah hari. Aku dilahirkan di Hospital Besar TanaH Merah Kelatan dan aku juga didik dan dibesarkan di negeri serambi mekkah itu. Walaupun negeri itu sering disandarkan dengan persepsi negetif aku masih lagi bangga dengan negeri aku. Dalam proses aku membesar aku dibantu oleh ibu bapaku yang ku cinta dan lagi 3 orang insan yang juga dilahirkan oleh ibuku. Aku mempunyai banyak aktiviti yang ku gemari. Namun begitu bagiku sukan kampung yang digelar sepak takraw adalah aktiviti yang telah menjadi aktiviti yang selalu ku lakukan pada setiap petang dan sukan yang mampu menghilangkan masalah aku dengan serta merta. Sebagai anak jati kelantan semestinya makanan yang sangat kugemari adalah nasi kerabu dan singgang daging. Aku seorang anak lelaki yang tidak gemar untuk menyusahkan ibuku dan aku juga malas untuk membancuh air ku sendiri jadi minuman kegemaranku adalah hanya air kosong yang dingin. Namun begitu aku juga gemar sirap bandung yang dicampur dengan cincau yang dihiris nipis senipis kulit bawang. Jentera idaman ku adalah Honda Civic Type R dan Ducati Scramble.
Pada tahun 2010 adalah pertama kali aku melihat dunia pendidikan yang sebenar. Bapaku dan ibuku adalah seorang guru disebabkan oleh itu aku tidak perlu ke tadika kerana mereka telah mengajarku tentang nombor dan huruf. Pada ku mula bersekolah di SK Sri Suria 3 aku ke sekolah menaiki kereta yang dipandu oleh bapakku. Pada awalnya aku merasakan aku adalah raja di sekolah itu kerana bapakku adalah salah seorang guru disitu. Selepas saja tamat tahun pertama aku disitu aku sedari yang aku tidak boleh menggunakan bapaku untuk melindungi ku atas kesalahan ku sendiri. Oleh itu bermulalah aku berdikari mencari kawan, menyusun jadual ku sendiri, bersopan santun dengan semua guru. Aku tamat pengajian sekolahku rendahku pada tahun 2015. Pada tahun awal persekolahan aku adalah salah satu pelajar contoh dan selalu di puji oleh para guru. Benar kata ibu dunia tidak selalu cerah akan datang juga hujan suatu masa. Pada aku berada di darjah 4 keputusan peperiksaan aku sangat merudung bagaikan seorang budak bodoh yang baru sahaja keluar tadika. Namun ibu juga ceritakan tentang pelangi selepas hujan. Bila penyesalanku telah sampai aku mula untuk bangkit balik sehinggalah ketika UPSR. Aku masih lagi tidak mampu untuk menandingi anak kepada kawan ibuku namun aku bangga dengan usaha aku walaupun bukan itu yang ku inginkan.
Setelah itu, aku menyambung pengajian ku ke SMKA Wataniah. Disini aku adalah seorang pelajar asrama. Banyak bende baru yang perlu lakukan sebagai pelajar junior asrama dan banyak bende yang selama ii ku lakukan dirumah tapi tidak di asrama. Setiap kali ku ke asrama kelopak ku mesti berkaca dan melimpah ke pipi. Bapaku hanya mengatakan “anak jantan takkan nangis”. Disitu aku mula membekukan air mata ku supaya tidak keluar lagi. Waktu belajar di asrama jauh berbeza daripada jadual yang ku lakukan semasa di sekolah rendah. Semasa di sekolah menengah aku mempunyai ramai kawan yang senakal aku. Biasalah “anak jantankan” pelajaran aku mula merudung, semua guru mengenali ku kerana kenakalam ku. Walaupun aku nakal aku masih menjaga adabku sebagai murid dan seorang pengemis ilmu.
Selesainya peperiksaan SPM aku pada tahun 2021 aku meneruskan lagi pengajian ku ke kolej matrikulasi Pulau Pinang. Buat pertama kali aku keluar dari negeri kebanggan ku untuk menyambung pelajaran. Menjadi seorang perntau tidaklah semanis yang kuidamkan tapi aku masih mampu menempuh semua itu dengan tenang. Aku menamatkan pengajian matrikulasi ku dengan keputusan yang sangat baik. Aku begitu bangga dengan diriku. Menggunakan keputusan tersebut aku menyambung ijazah sarjana muda aku di universiti yang selalu di banggakan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia dan aku masih lagi disini dalam menempuh dunia kehidupan sebagai mahasiswa.
Comments
Post a Comment