Kisah Hidup UKM

 


        Pada tanggal 8 Oktober,kaki ini kali pertama meletakkan jejak ke dalam Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).Perasaan gembira hadir dalam diri kerana tidak amat ku sangka diri kerdil ini dapat bergelar mahahsiswa universiti yang gah di Malaysia ini.Pada awalnya universiti ini terasa amat besar kerana mempunyai banyak jalan dan simpang-siur kemana-mana.Pada minggu orientasi,kehidupanku berjalan dengan lancar.Ramai kawan dapat ku kenali dengan perangai yang tersendiri dan hadir dari hampir setiap negeri dari Malaysia.Begitu banyak aktiviti yang dilakukan ketika orientasi membuatkan diri ini dapat belajar pelbagai ilmu baharu dari setiap orang.Terasa agak penat kerana perlu berjalan kaki kemana sahaja contohnya stadium UKM,DECTAR dan fakulti.Tidur juga tidak cukup kerana habis program pada larut malam dan diminta berkumpul semula di dataran kolej selepas subuh.Usai orientasi,aku pulang semula ke rumah kerana rumahku tidaklah jauh dari universiti.Pada minggu pertama pembelajaran,aku berasa amat teruja kerana tidak sabar untuk merasa pembelajaran di univesiti.Satu perkara yang amat aku suka ialah kami boleh menyusun jadual kelas kami sendiri.                                                          


                            

    Minggu-minggu seterusnya berjalan seperti biasa cuma terasa agak liat mataku ini untuk membuka mata pada awal pagi.Ini bukan kerana ini kali pertama aku tinggal di asrama tetapi kerana sudah lama tidak bangun awal sebegini.Aku bangun awal kerana pada semester 1 banyak kelasku bermula seawal 8 pagi.Aku berjaya menemukan rakan baru kerana tiada satu pun kenalan lamaku yang memasuki fakulti yang sama tentang diriku.Hidupku di medan pengajian fakulti ekonomi berjalan seperti roda kerana kadangkala ku rasa subjek ini amat senang dan ada subjek yang susah.Lain pula kisah hidupku di luar fakulti,aku amat menyukainya kerana terasa amat bebas.Tiada warden yang memaksa ku balik dari riadah walau sudah pukul 7 malam.Tidak perlu light off bilik walau sudah larut malam.Wow kebebasan asrama apakah ini.Aku juga ramai kenalan di kolej dek kerana hampir semua pelajar kolej aku merupakan dari fakulti yang sama.Jarakl fakulti dan kolejku hanyalah mengambil masa 5 minit sahaja untuk berjalan kaki.



    Bagi semester 1,aku berjaya mengharungnya dengan amat jaya.CGPA aku tidaklah sehingga berjaya mencapai dekan tetapi tidaklah teruk seperti yang ku bayangkan.Aku berasa amat kagum kepada diriku kerana berjaya mengharungi cabaran 14 minggu semester 1 dengan tanpa rasa sedih dan kesal.WOW.Macam buat movie.Aku juga berjaya mengharumkan nama kolejku di pertandingan SUKEM dalam acara ragbi.Aku berjaya menghasilkan 1 skor dan 3 bantuan jaringan kepada rakan pasukanku.


Ini sahaja kisahku DANISH ADAM di semester 1.




Comments