INTRO(ADAM DIRIKU)


 


         Kehadapan pembaca sekalian,dengan rendah diri ku kenalkan insan didalam gambar diatas ialah diriku.Danish Adam Bin Sukkri nama diberi oleh ayah dan ibuku.Insan kerdil ini dilahirkan pada 7 Ogos 2003 selepas terbitnya fajar pagi.Hobiku tidak tetap kerana suka mencuba benda baru tetapi tidur merupakan perkara yang paling indah bagi diriku.Suka mencuba pelbagai sukan dan berkebolehan bermain ragbi,bola sepak,futsal,petanque dan sebagainya.Masakan yang digemari ialah siakap stim limau dan minum air mineral sejuk(bukan air minuman).Anak kedua dari 4 adik-beradik.Amat meminati VW Golf dan Harley Davidson.


    Tahun 2008 ialah tahun pertama kaki ini berdiri di dalam institusi pendidikan iaitu tabika kemas.Tabika ini memang teramat dekat dengan rumah.Jadi,ibuku atau ayahku akan menghantar hanya dengan menunggang motorsikal.Tahun ini juga aku dipilih untuk mewakili tabika dalam pertandingan membaca.Tahun seterusnya aku berpindah ke prasekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin.Tidak terlalu mencabar dalam mencari kawan kerana diri ini mungkin digelar extrovert ketika itu.Disini buat julung kalinya dalam diriku,aku dipilih untuk masuk ke pertandingan menari.Terasa diri ini amat berbakat tetapi apakan daya hanya sijil penyertaan mampu ku bawa pulang.Tahun 2010-2015 diri ini sudah bergelar pelajar sekolah rendah di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin.Seperti biasa membuat kawan amat mudah dek kerana mulut becok dan perangai yang agak nakal dan bising.Pada tiga tahun pertama aku berada di dalam kelas yang sama iaitu kelas Perdana.Bermula darjah 4-6 bermula era pentingnya peperiksaan UPKK dan UPSR.Keputusan peperiksaan biarlah rahsia disimpan untuk kenangan.Disekolah rendah,aku memegang jawatan sebagai pengawas merangkap pembaca ikrar di perhimpunan.Pada waktu itu terasa sangat bangga kerana warna baju amat lain dengan pelajar lain.Keistimewaan juga diberikan untuk rehat awal dek kerana perlu bertugas pada waktu rehat.

    Pada 2016-2020 pula ialah era baru dalam hidupku kerana sudah bergelar remaja dan tidak lagi budak-budak.Aku mendapat tawaran untuk bersekolah di Sekolah Menengah Sains Banting(BASIS nama glamour sekolah tu).Memang menajdi salah satu impianku untuk masuk ke asrama kerana ingin cuba berjauhan dengan keluarga(bukan kerana benci kerana sukakan cabar diri).Amat terkejut kerana berjaya masuk ke sekolah berprestij ini.Pada tahun pertama,diri ini amat culture shock kerana semua perlu diuruskan sendiri dari kepala hingga kaki.Pakaian sekolah tiga set pada awal tahun hanya tinggal satu pada akhir tahun.Disini juga aku bertemu dengan sukan ragbi dan juga menjadi sukan pertama yang berjaya membuatkan diriku mewakili sekolah.Banyak nama,perangai dan kerenah yang aku jumpa ketika disini kerana rakan-rakanku datang dari hampir setiap pelusuk Malaysia.Kohot SPM 2020(atau lebih dikenali geng SPM PRO MAX)juga memberi pengalaman bagi diriku.Ini kerana tidak pernah belajar secara online dan tarikh bagi peperiksaan dianjakkan-anjakkan dek kerana virus COVID-19 yang berleluasa ketika itu.Di sekolah ini juga aku mengalami beberapa kecedaraan iaitu ACL dan patah tulang rawan kerana bersukan.Pergi ke kelas menggunakan tongkat bukan merupakan perkara yang menarik kerana amat leceh untuk bergerak.

                                                   

    Usai SPM,aku melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan untuk tempoh yang sekejap iaitu selama setahun.Tidak banyak pengalaman kerana 1/3 pengajian diadakan secara dalam talian.Tapi aku berjaya membuat kawan yang agak ramai dan tidak mudah untuk dilupakan pensyarah dan ahli kelas A4P3 yang membantu diri ini yang tiada basic tentang subjek akaun.Dan seterusnya berjaya melanjutkan pengajian di salah satu universiti tersohor di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).





    Kini diriku sudah memasuki angka 20 dan lebih mengenal dan ingin lebih mengenali dunia.Sudah banyak perkara baik dan nakal sudah kulalui sehingga ke angka ini.Pengalaman pahit dan manis,dari air mata kegembiraan sehingga air mata kesedihan sudah berjaya membentuk diriku yang kecil ini.Salam kenal buat semua yang membaca.

Comments